Showing posts with label takziah. Show all posts
Showing posts with label takziah. Show all posts

Friday 25 February 2011

// Untuk Arwah Abah.


'Black Gives Way To Blue' salah satu lagu dari album terbaru Alice In Chains (*tajuk album sama dengan lagu). Sudah lama lagu ini tersimpan di dalam mp3 player aku. Setiap kali terdengar lagu ini, aku pasti akan berasa sedih teringat dekat arwah abah. Kebetulan, aku baru tahu lagu ini Jerry Cantrell ciptakan khas untuk mendiang Layne Staley yang mati akibat overdose (*dadah).

Untuk abah, 
walaupun dulu shah degil tak mahu dengar kata, tapi setiap kata-kata abah akan selalu di ingati sepanjang masa. Al-fatihah, moga roh arwah abah lebih tenang di sana.

Thursday 18 December 2008

// Semoga rohnya dicucuri rahmat...

Terkejut bila aku terbaca post di ricecooker, Leaving Normal?: Muhamad Syukree Hussain. Sahabat lama aku meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung.
Perasaan bersalah aku mula timbul, teringat balik yang aku pernah bergaduh mulut dengan arwah ini dahulu. Aku rasa macam agak frust, tak sempat nak memohon maaf. haih*
Marilah kita sama-sama sedekahkan AL-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat, amin..