Showing posts with label apa-apa saja. Show all posts
Showing posts with label apa-apa saja. Show all posts

Friday 8 August 2014

// Selamat malam.....

Tidur awal agaknya aku malam ini. Walaupun esok, hari sabtu tak kerja. Tapi awal pagi esok nak kena keluar jogging. Lepas Raya berat badan aku sudah naik dlm 2-3kg. Aduss! Macam stress pulak kan? Hahaha. Stress bukannya apa, seluar makin ketat pulak. Jadi kenalah bekerja keras untuk turunkan berat balik. Oklah, sebelum nak tidur jom kita layan lagu ni :)

'Be the Song' - Foy Vance




// Layan sat, sebelum nak pi solat jumaat

'Nothing Else Matters - Metallica', cover terbaik oleh kugiran dari India 'Thaikkudam Bridge'. Kasi layan sampai habis, aku paling suka bila masuk minit ke 4:55. Meremang kejap bulu roma ni. Hahah :D 

// Happiness is.....

Hari yang sentiasa di tunggu-tunggu. Esok lusa boleh berehat, tak payah berfikir, nak terkejar-kejar atau bersesak dgn orang ramai di dalam Putra LRT  :)


Monday 7 March 2011

// Pagi isnin yang menceriakan


Kemenangan Liverpool FC, sedikit sebanyak menceriakan pagi isnin aku. Terima kasih Dirk Kuyt, Luis Suarez serta pemain-pemain LFC lain. Aku harap dengan kemenangan semalam, LFC akan kembali mengejar top 4. Dengan kembalinya LFC ke top 4, sekurang-kurangnya dapat lah team LFC beraksi di Champions League akan datang. Yeay!! :D


Tuesday 1 March 2011

// Serem!

Pak Long ni agaknya tak perasan Kak Lang (*Langsuir) terapung baik punya dekat belakang tu.

Monday 28 February 2011

// Ahmad Faris

Ahmad Faris Bin M. Kamel, anak buah aku yang sekarang berumur 3 tahun. Rindu pulak  dekat keletah, kenakalan dan sifat manja budak ini. Setiap kali balik ke kampung, aku takkan lupa belikan baju atau apa-apa pun hadiah untuk Faris. Jersi yang dia pakai ini adalah salah satu cara untuk aku semaikan minatnya terhadap team kegemaran aku (*apa lagi kalau bukan Liverpool FC, Hehehe :D). Oh ya! Gambar ini diambil oleh adik lelaki aku, Haidar. 

// Pagi isnin yang tak menceriakan

Monday Blues? Entah lah, mood aku jadi tak ok dari semalam. Melihat team kesayangan aku kalah, membuatkan aku rasa geram teramat. Defend memang agak rapuh terlalu banyak sangat kasi ruang.
Aku harap lepas ini, King Kenny ambil pendekatan pada mana pemain-pemain yang lembik, patut di jual atau loan pada mana-mana team lain.
*selepas gol dari  Carlton Cole, terus aku bukak channel lain (serius kemarahan aku tak habis lagi ni)

Thursday 15 January 2009

// Pagi yang indah

Pagi tadi sewaktu aku berjalan menuju ke LRT Bangsar, menyusuri tanah perkuburan islam lama Brickfields, aku terpandang sesuatu benda yang menarik perhatian aku. Seekor kucing hitam yang betul-betul duduk diatas tanah perkuburan.

*maaf, gambar tidak berapa jelas (diambil menggunakan kamera handphone cokia aja).