Showing posts with label buang masa. Show all posts
Showing posts with label buang masa. Show all posts

Friday 9 January 2009

// Kesibukan

Maaf kerana sudah lama tidak update blog. Agak sibuk dengan kerja dalam 1-2 bulan ini. Selalunya dalam hujung @ awal tahun, aku akan dibebani dengan kerja yang banyak.

Dalam kesibukan, sempat jugak aku mejengah youtube. Tengok apa-apa video yang terbaru. Jadi aku terjumpa video ini :



Mula-mula aku ingat trailer Thundercats betul, rupanya palsu (cheh!!). Tapi aku tabik hormat dekat mamat yang buat trailer ini. Dia hanya menggunakan software Adobe Photoshop untuk semua segala effect, frame by frame ( fuhh!! rajin betul!!). Di sini anda akan lihat para pelakon seperti Brad Pitt memegang watak Lion-O, Vin Diesel sebagai Panthro dan Hugh Jackman sebagai Tygra.

Tuesday 16 December 2008

// Bila dah takde kerja

Dulu aku cukup rajin menacap muka orang (terutama sekali muka kawan-kawan). Entah macamana, pagi tadi aku tengok balik gambar kawan-kawan yang pernah aku tacap. Aku terjumpa gambar Thong. Aku dah lost contact dengan dia ni hampir setahun, bila dah tukar nombor handphone, kena format balik handphone, habis kesemua nombor-nombor kawan aku pun turut hilang.

Nakal betul aku ni :P

Thursday 4 December 2008

// Percubaan 1, 2, 3

Aku tak perasan yang aku ada blog dalam blogspot. Agak lama semenjak post dari 23 Oktober, 2005 (waktu tu aku mungkin cuba hendak post kan gambar poskad raya aku). Jadi kepada sahabat-sahabat sila update pautan anda ke alamat blogspot ini, aku tidak lagi  menggunakan alamat shahvedder.com. Aku tak boleh janji untuk sentiasa mengupdate blog ini (ngkorang pun tahu sifat pemalas aku).
Ok, sementara tu boleh lah layan video ini. Lagu Pop Corn dari kumpulan Hot Butter. Lagu ini mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak (Yeah!!! Bila bukak rancangan tv pendidikan mesti ada keluar lagu ini). Layan!! Hehe.