Showing posts with label restoran/kedai makan. Show all posts
Showing posts with label restoran/kedai makan. Show all posts

Tuesday 12 August 2014

// Sarapan pagi

Agak sudah lama tak pekena 'Roti Canai Banjir Special' kt Selangor Mansion. Dulu boleh dikatakan tiap-tiap pagi, mesti kena singgah. Entah macamana, pagi tadi masa berdiri di dalam LRT boleh terfikir pasal roti canai yg power ini. Nak tak nak, kena singgah kejap.Berhenti di Stesen LRT Masjid Jamek, jalan sedikit ke masjid india. Restoran mamak ini betul-betul di tepi benteng sungai. Kalau nampak ramai orang tu, memang betul lah agaknya tempat yg dicari. Jom kita makan dulu! :)

Roti Canai Banjir Special (1 keping roti + 2 telur separuh masak) + Teh Halia (gelas kecik)


Friday 8 August 2014

// Balik dari jumaat, pekena nasi briyani.

Balik dari jumaat tadi perut aku dah rasa lapar sangat. Pagi tadi dah lah dengan tak breakfast, dalam kepala otak ni ada 3 benda yg aku nak makan. 'Cendol' + 'Rojak Pasembor' ataupun tapau 'Nasi Campur Makcik' depan 7 Eleven. Akhir sekali aku buat keputusan nak makan 'Vegetable Biryani' dkt Restoran 'CurryLeaf'. Berbaloi rasanya, satu set 'Vegetable Biryani Leaf' ni harga dalam RM6.50. Air pula aku order 'Masala Tea' harga RM2.40. Nyam! Sodapnya..... Jemput makan geng! :)

Nyam! 

Kejap ada, kejap takde?