Showing posts with label lagu/mp3. Show all posts
Showing posts with label lagu/mp3. Show all posts

Thursday 24 March 2011

// Video pertama di Youtube.

Sudah agak lama tak update blog. Memang agak sibuk 2-3 menjak, kerja menimbun/banyak tak hengat. Pagi tadi, aku sempat rip dvd Konsert Better Than Ezra (Live at House of Blues New Orleans). 
Tujuan sebenarnya aku rip dvd konsert tersebut adalah kerana aku nak upload 1-2 video/lagu kegemaran di laman youtube. Dan inilah hasilnya untuk eksperimen yang pertama (konon-kononnya lah hehehe). Jom kita layan sama-sama.

Wednesday 2 March 2011

// Lagu @ mp3 untuk hari ini


Aku dapat mp3 kumpulan Naif dari Encik Aidil (Couple). Lirik yang simple, tapi agak mendalam maksudnya. Hehehe :D. Kalau hendak tahu lebih lanjut lagi pasal kumpulan Naif ini, anda boleh lah melawat halaman web yang tertera di sini : http://www.naifband.com


Tuesday 1 March 2011

// Terapi telinga untuk pagi Selasa

Dalam 2-3 minggu ini, aku banyak layan muzik Folk. Dari Bob Dylan hinggalah ke Elliot Smith dan dari Imaad Wasif hinggalah ke Bon Iver. Sebut pasal Bon Iver, aku sering pasang lagu ini. Bila mahu mulakan sesuatu kerja dan juga waktu pulang ke rumah. Apa kata kita layan dulu :)



Anda boleh muat turun lagu Bon Iver - Re: Stacks di sini  



Friday 25 February 2011

// Untuk Arwah Abah.


'Black Gives Way To Blue' salah satu lagu dari album terbaru Alice In Chains (*tajuk album sama dengan lagu). Sudah lama lagu ini tersimpan di dalam mp3 player aku. Setiap kali terdengar lagu ini, aku pasti akan berasa sedih teringat dekat arwah abah. Kebetulan, aku baru tahu lagu ini Jerry Cantrell ciptakan khas untuk mendiang Layne Staley yang mati akibat overdose (*dadah).

Untuk abah, 
walaupun dulu shah degil tak mahu dengar kata, tapi setiap kata-kata abah akan selalu di ingati sepanjang masa. Al-fatihah, moga roh arwah abah lebih tenang di sana.

Wednesday 17 December 2008

// Lagu terapi untuk hari ini.



All I Need - Radiohead

download

I'm the next act
Waiting in the wings

I'm an animal
Trapped in your hot car

I am all the days
That you choose to ignore

You are all I need
You are all I need
I'm in the middle of your picture
Lying in the reeds

I'm a moth
Who just wants to share your light

I'm just an insect
Trying to get out of the night

I only stick with you
Because there are no others

You are all I need
You're all I need
I'm in the middle your picture
Lying in the reeds

It's all wrong
It's all right
It's all wrong


Thursday 4 December 2008

// Percubaan 1, 2, 3

Aku tak perasan yang aku ada blog dalam blogspot. Agak lama semenjak post dari 23 Oktober, 2005 (waktu tu aku mungkin cuba hendak post kan gambar poskad raya aku). Jadi kepada sahabat-sahabat sila update pautan anda ke alamat blogspot ini, aku tidak lagi  menggunakan alamat shahvedder.com. Aku tak boleh janji untuk sentiasa mengupdate blog ini (ngkorang pun tahu sifat pemalas aku).
Ok, sementara tu boleh lah layan video ini. Lagu Pop Corn dari kumpulan Hot Butter. Lagu ini mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak (Yeah!!! Bila bukak rancangan tv pendidikan mesti ada keluar lagu ini). Layan!! Hehe.