Monday 28 February 2011

// Ahmad Faris

Ahmad Faris Bin M. Kamel, anak buah aku yang sekarang berumur 3 tahun. Rindu pulak  dekat keletah, kenakalan dan sifat manja budak ini. Setiap kali balik ke kampung, aku takkan lupa belikan baju atau apa-apa pun hadiah untuk Faris. Jersi yang dia pakai ini adalah salah satu cara untuk aku semaikan minatnya terhadap team kegemaran aku (*apa lagi kalau bukan Liverpool FC, Hehehe :D). Oh ya! Gambar ini diambil oleh adik lelaki aku, Haidar. 

// Pagi isnin yang tak menceriakan

Monday Blues? Entah lah, mood aku jadi tak ok dari semalam. Melihat team kesayangan aku kalah, membuatkan aku rasa geram teramat. Defend memang agak rapuh terlalu banyak sangat kasi ruang.
Aku harap lepas ini, King Kenny ambil pendekatan pada mana pemain-pemain yang lembik, patut di jual atau loan pada mana-mana team lain.
*selepas gol dari  Carlton Cole, terus aku bukak channel lain (serius kemarahan aku tak habis lagi ni)

Friday 25 February 2011

// Untuk Arwah Abah.


'Black Gives Way To Blue' salah satu lagu dari album terbaru Alice In Chains (*tajuk album sama dengan lagu). Sudah lama lagu ini tersimpan di dalam mp3 player aku. Setiap kali terdengar lagu ini, aku pasti akan berasa sedih teringat dekat arwah abah. Kebetulan, aku baru tahu lagu ini Jerry Cantrell ciptakan khas untuk mendiang Layne Staley yang mati akibat overdose (*dadah).

Untuk abah, 
walaupun dulu shah degil tak mahu dengar kata, tapi setiap kata-kata abah akan selalu di ingati sepanjang masa. Al-fatihah, moga roh arwah abah lebih tenang di sana.