Thursday 15 January 2009

// Pagi yang indah

Pagi tadi sewaktu aku berjalan menuju ke LRT Bangsar, menyusuri tanah perkuburan islam lama Brickfields, aku terpandang sesuatu benda yang menarik perhatian aku. Seekor kucing hitam yang betul-betul duduk diatas tanah perkuburan.

*maaf, gambar tidak berapa jelas (diambil menggunakan kamera handphone cokia aja).

Friday 9 January 2009

// Kesibukan

Maaf kerana sudah lama tidak update blog. Agak sibuk dengan kerja dalam 1-2 bulan ini. Selalunya dalam hujung @ awal tahun, aku akan dibebani dengan kerja yang banyak.

Dalam kesibukan, sempat jugak aku mejengah youtube. Tengok apa-apa video yang terbaru. Jadi aku terjumpa video ini :



Mula-mula aku ingat trailer Thundercats betul, rupanya palsu (cheh!!). Tapi aku tabik hormat dekat mamat yang buat trailer ini. Dia hanya menggunakan software Adobe Photoshop untuk semua segala effect, frame by frame ( fuhh!! rajin betul!!). Di sini anda akan lihat para pelakon seperti Brad Pitt memegang watak Lion-O, Vin Diesel sebagai Panthro dan Hugh Jackman sebagai Tygra.